Artikel yang disiarkan ialah pandangan penulis terhadap isu-isu semasa berdasarkan pembacaan penulis sendiri dan tidak berkaitan dengan mana-mana organisasi.Penulisa tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami ganguan mental,kecelaruan jiwa raga akibat membaca penulisan ini.Sebarang pertanyaan dan maklumat bolehlah di email kepada penulis di sisterjai12@gmail.com

Wednesday 21 March 2012

Yayasan Sukarelawan Siswa


YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) - bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada malam ini di UiTM Shah Alam bersama lebih 20 ribu mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia.

Yayasan Sukarelawan Siswa telahpun ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ).

Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011.

Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:

Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa
Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global.Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.

YSS dinaungi sendiri oleh YB Menteri KPT. KSU pula sebagai pengerusi YSS manakala KP JPT selaku timbalan pengerusi.

Pengerusi YSS adalah Dato Zuraidah Atan Sehingga kini, YSS telah pun melantik 3 orang ahli lembaga pemegang amanah (LPA) iaitu KSU, KP JPT dan Pengarah BHEPP JPT.

Ahli LPA yang lain sedang dalam proses lantikan dan terdiri daripada pelbagai sektor seperti pegawai KPT, Pegawai Universiti, Pelajar, NGO, ahli korporat dan sebagainya.

YSS diketuai oleh Syed Agil bin Shekh AlSagoff selaku CEO dan dibantu oleh Puan Afra Fardillah bin Zaimustapar selaku eksekutif dan staf pentadbiran lain.

Tuesday 20 March 2012

Syukur adik Nur Fatihah kini telah ditemui

Alhamdulillah pelajar tingkatan tiga yang diberitakan hilang semasa membeli kad topup kini telah ditemui :

Pelajar disyaki diculik dikatakan selamat
(Gambar & Berita: Sinar Harian)

KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.
Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu. 

"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.
"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal. 

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya. 
Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama

.......................

Baguslah dah ditemui.Kepada semua gadis-gadis,anak dara sunti dan janda,pendek kata semualah!Sis nak pesan supaya jagalah diri tu.Dunia hari ini sis rasa memang agak kurang selamat kepada golongan kita!Meh sis bagi tips macam mana nak elak daripada menjadi mangsa culik,rogol,bunuh etc :

1) Jerit Untuk Minta Bantuan

Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.

2) Sentiasa Berteman

Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).

3) Peraturan Sentuhan

• Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka
• Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TIDAK, atau LARI
• Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai

4) Katakan TIDAK!!

Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.

5) Nombor Telefon
Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.

6) Pakai Pakaian Berwarna Cerah

Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.

Hey!Take attention plzz wanita-wanita sekalian.Jangan abaikan tips-tips seperti ini kerana anda tidak tahu siapakah yang akan menjadi mangsa  seterusnya.Mungkin anda?Siapa tahu?

P/S : Kalau depa nk culik sis,sis dah standby air cili.Biar buta penculik durjana!

Salam perjuangan srikandi

Salam perjuangan!Pertama kali menjejakkan kaki di blogsphera membuatkan saya sedar bahawa wanita atau srikandi harus bersama-sama memperjuangkan  agama bangsa dan tanah air serta perjuangan menentang kepalsuan.

Membuka langkah di dalam blogsphera dalam dunia politik kepartian dan kemahasiswaan merupakan satuu cabaran yang getir kerana kedua dunia  ini rata-rata dinakhoda dan dikuasai oleh kaum Adam.Walaubagaimanapun cabaran ini tidak matahkan semangat sebagai seorang penulis blog wanita kerana bagi saya,peranan kedua-duanya adalah penting bagi mencorakkan apa yg kita panggil sebagai perjuangan.

Cukup sekadar ini,saya berharap agar kehadiran saya dalam dunia siber ini dapat membantu perjuangan mahasiswa dalam menegakkan keadilan dan memetang fitnah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

P/S : Selepas ini saya akan menggunakan panggilan 'Sis'.Guys watchout!Muah!

Gadis Tingkatan 3 hilang??

Malaysia digemparkan dengan berita terbaru. Siti Nur Fatihah Mahadi merupakan pelajar tingkatan 3 yang menjadi mangsa terbaru kes penculikan. Mangsa dikatakan diculik semasa ingin membeli kad tambah nilai bersama-sama dua orang adiknya. Siti Nurul Aishah serta Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun merupaka adik mangsa yang bersama-sama pergi ke kedai ketika itu.


Ibu mangsa iaitu Nor mala,34 ketika menceritakan bagaimana adik-adik mangsa pulang dari kedai tanpa kehadiran kakaknya. Adik-adik mangsa pulang dalam keadaan menangis dan memberitahunya bahawa kakak kesayangannya itu telah dilarikan orang. Mangsa dipercayai dibawa lari oleh tiga orang induvidu termasuk seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis honda berwarna hitam.

(Adik Nur Fatihah)

Bagi sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat sila melaporkan perkara ni kepada balai polis berhampiran. Kerjasama anda adalah sangat diharapkan.