Artikel yang disiarkan ialah pandangan penulis terhadap isu-isu semasa berdasarkan pembacaan penulis sendiri dan tidak berkaitan dengan mana-mana organisasi.Penulisa tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami ganguan mental,kecelaruan jiwa raga akibat membaca penulisan ini.Sebarang pertanyaan dan maklumat bolehlah di email kepada penulis di sisterjai12@gmail.com

Thursday 22 November 2012

Ayuh dapatkan pelalian HPV!



Apa itu HPV? HPV ( Human Papillomavirus) adalah sejenis virus yang menybabkan perubahan kepada sel pangkal Rahim(servik) . Pelalian HPV perlu untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. 

Apa itu kanser servik?

Buat gegadis di luar sana yang tak tahu kanser servik tu apa, mari teruskan pembacaan anda.
  • Kanser servik ialah kanser yang terjadi di bahagian pangkal Rahim(servik). Kanser servik terjadi apabila sel-sel servik telah membiak pada paras luar biasa. 
  •  Kanser servik sangat bahaya dan boleh membawa maut. Kanser servik merupakan kanser kedua yang paling kerap dikesan dan meragut nyawa ramai wanita selepas kanser payudara.
  • Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Takut juga sis mendengarnya.
Pelalian HPV.

Pelalian ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3kali(3 suntikan) dalam tempoh 6 bulan. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Kesan sampingan? Jangan risau ye gegadis. Pelalian ini selamat. Uolls mungkin akan mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan sama seperti suntikan lain. Tetapi, sekiranya uolls mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital berdekatan. Tapi setakat ni inshaaAllah selamat.

Suntikan pertama
-          -Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik.
Suntikan kedua
-          -1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga
-          -6 bulan dari suntikan pertama.

Faedah pelalian HPV.

Setiap orang berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh mencegah dari mendapat kanser servik. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati? 

Buat jejaka tampan di luar sana, jangan berasa terlalu selamat. Uolls yang gagah perkasa pun boleh diserang oleh HPV.  Nak tahu kenapa? Sebab HPV adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat atau kutil. So, watch out boys!


Di sini, sis berasa terpanggil untuk mengajak gegadis kat luar sana untuk mendapatkan pelalian HPV. Buat yang masih belajar tu, uolls boleh dapatkan pelalian HPV di klinik kesihatan universiti masing-masing. Kalau di tempat sis belajar, ianya percuma. Sis tegaskan sekali lagi bahawa ianya PERCUMA. So, lets get it!

Wednesday 21 November 2012

Hand by hand for palestine.


Hei guys, lama sis menghilang kan?. Actually, sis baru balik dari bertapa. Menuntut ilmu katanya. Ilmu apa? Macam-macam ilmu. Ilmu hisab, ilmu alam, ilmu ilmuan. Pendek cerita semualah. Nanti sis kongsikan ilmu apa yang sis tuntut.

 Munculnya sis pada hari ini adalah untuk menggesa uolls supaya sama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestine. Sama-sama kita menghulurkan sumbangan untuk meringankan sedikit penderitaan mereka. Jangan asyik nak pot pet pot pet sana sini tapi tak mendatangkan hasil pun.

 As a human being, sis memang tak boleh nak tengok gambar-gambar mereka di sana. Sangat menyayat hati. Sedih dibuatnya. Mana pergi nilai kemanusian si Israeli ni?. I simply can't understand how a person can just stand there and torture someone, and watch them suffer. Berat mata memandang, berat lagi mereka menanggungnya. Semoga Allah memberi kesejahteraan ke atas mereka.






Nowadays, all I see are humans. Not humanity. Can we instil some sense of humanity? People should start realising that we should be fighting for humanity not countries or religion. So, lets help Gaza. Gaza is being burned while the world is watching!!