Apa itu HPV? HPV ( Human Papillomavirus) adalah sejenis virus yang menybabkan perubahan kepada sel pangkal Rahim(servik) . Pelalian HPV perlu untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.
Apa itu kanser servik?
Buat gegadis di luar sana yang tak tahu kanser servik tu apa,
mari teruskan pembacaan anda.
- Kanser servik ialah kanser yang terjadi di bahagian pangkal Rahim(servik). Kanser servik terjadi apabila sel-sel servik telah membiak pada paras luar biasa.
- Kanser servik sangat bahaya dan boleh membawa maut. Kanser servik merupakan kanser kedua yang paling kerap dikesan dan meragut nyawa ramai wanita selepas kanser payudara.
- Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Takut juga sis mendengarnya.
Pelalian HPV.
Pelalian ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan
sebanyak 3kali(3 suntikan) dalam tempoh 6 bulan. Vaksin yang digunakan untuk
pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Kesan sampingan? Jangan risau
ye gegadis. Pelalian ini selamat. Uolls mungkin akan mengalami sakit atau
bengkak di tempat suntikan sama seperti suntikan lain. Tetapi, sekiranya uolls
mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik
atau hospital berdekatan. Tapi setakat ni inshaaAllah selamat.
Suntikan pertama
-
-Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik.
Suntikan kedua
-
-1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga
-
-6 bulan dari suntikan pertama.
Faedah pelalian HPV.
Setiap orang berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini
boleh mencegah dari mendapat kanser servik. Bukankah mencegah lebih baik dari
mengubati?
Buat jejaka tampan di luar sana, jangan berasa terlalu
selamat. Uolls yang gagah perkasa pun boleh diserang oleh HPV. Nak tahu kenapa? Sebab HPV adalah salah satu
daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat atau kutil. So, watch out boys!
Di sini, sis berasa terpanggil untuk mengajak gegadis kat
luar sana untuk mendapatkan pelalian HPV. Buat yang masih belajar tu, uolls
boleh dapatkan pelalian HPV di klinik kesihatan universiti
masing-masing. Kalau di tempat sis belajar, ianya percuma. Sis tegaskan sekali lagi bahawa ianya PERCUMA. So, lets get it!