Artikel yang disiarkan ialah pandangan penulis terhadap isu-isu semasa berdasarkan pembacaan penulis sendiri dan tidak berkaitan dengan mana-mana organisasi.Penulisa tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami ganguan mental,kecelaruan jiwa raga akibat membaca penulisan ini.Sebarang pertanyaan dan maklumat bolehlah di email kepada penulis di sisterjai12@gmail.com

Tuesday 20 March 2012

Gadis Tingkatan 3 hilang??

Malaysia digemparkan dengan berita terbaru. Siti Nur Fatihah Mahadi merupakan pelajar tingkatan 3 yang menjadi mangsa terbaru kes penculikan. Mangsa dikatakan diculik semasa ingin membeli kad tambah nilai bersama-sama dua orang adiknya. Siti Nurul Aishah serta Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun merupaka adik mangsa yang bersama-sama pergi ke kedai ketika itu.


Ibu mangsa iaitu Nor mala,34 ketika menceritakan bagaimana adik-adik mangsa pulang dari kedai tanpa kehadiran kakaknya. Adik-adik mangsa pulang dalam keadaan menangis dan memberitahunya bahawa kakak kesayangannya itu telah dilarikan orang. Mangsa dipercayai dibawa lari oleh tiga orang induvidu termasuk seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis honda berwarna hitam.

(Adik Nur Fatihah)

Bagi sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat sila melaporkan perkara ni kepada balai polis berhampiran. Kerjasama anda adalah sangat diharapkan.

No comments:

Post a Comment