Artikel yang disiarkan ialah pandangan penulis terhadap isu-isu semasa berdasarkan pembacaan penulis sendiri dan tidak berkaitan dengan mana-mana organisasi.Penulisa tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami ganguan mental,kecelaruan jiwa raga akibat membaca penulisan ini.Sebarang pertanyaan dan maklumat bolehlah di email kepada penulis di sisterjai12@gmail.com

Wednesday 21 March 2012

Yayasan Sukarelawan Siswa


YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) - bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada malam ini di UiTM Shah Alam bersama lebih 20 ribu mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia.

Yayasan Sukarelawan Siswa telahpun ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ).

Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011.

Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:

Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa
Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global.Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.

YSS dinaungi sendiri oleh YB Menteri KPT. KSU pula sebagai pengerusi YSS manakala KP JPT selaku timbalan pengerusi.

Pengerusi YSS adalah Dato Zuraidah Atan Sehingga kini, YSS telah pun melantik 3 orang ahli lembaga pemegang amanah (LPA) iaitu KSU, KP JPT dan Pengarah BHEPP JPT.

Ahli LPA yang lain sedang dalam proses lantikan dan terdiri daripada pelbagai sektor seperti pegawai KPT, Pegawai Universiti, Pelajar, NGO, ahli korporat dan sebagainya.

YSS diketuai oleh Syed Agil bin Shekh AlSagoff selaku CEO dan dibantu oleh Puan Afra Fardillah bin Zaimustapar selaku eksekutif dan staf pentadbiran lain.

No comments:

Post a Comment